Candi Rara Jonggrang
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Nama | Candi Prambanan |
Negara | Indonesia |
Kriteria | (i), (iv) |
Didaftarkan | 1991 |
Laman web rasmi | Laman web UNESCO |
Candi ini dibina pada sekitar tahun 850 Masehi semasa wangsa Sanjaya. Bagaimanapun, adakah candi ini dibina oleh Rakai Pikatan, raja kedua wangsa Mataram I atau oleh Balitung Maha Sambu, tidak dapat dipastikan. Tidak lama selepas dibina, candi ini ditinggalkan dan mula rosak.
Isi kandungan[sorok] |
[sunting] Pembaikpulihan
Pada tahun 1733, Candi Rara Jonggrang ditemukan oleh C.A Lons, seorang anak Belanda. Kemudian pada tahun 1855, Izerman mula membersihkan dan memindahkan beberapa batu dan tanah dari bilik candi. Tidak lama kemudian, Groneman melakukan pemusnahan secara besar-besaran dan batu-batu candi tersebut ditimbunkan secara sembarangan di sepanjang Sungai Opak.Pada tahun-tahun 1902-1903, candi ini mula dibaik pulih oleh Van Erp. Usahanya dilanjutkan secara lebih sistematik oleh Jabatan Purbakala (Oudheidkundige Dienst ) di bawah P.J. Perquin pada tahun 1918-1926. De Haan melanjutkan usaha pembaikpulihan ini pada tahun 1926 sehingga akhir hayatnya pada tahun 1930. Pada tahun 1931, usahanya dilanjutkan oleh Ir. V.R. van Romondt sehingga tahun 1942, dan kemudian usaha pembaikpulihan itu diserahkan kepada putera Indonesia dan ini berlanjut sehingga tahun 1993. [1]
Banyak bahagian candi yang dibaik pulih dengan menggunakan batu baru, kerana batu-batu yang asli banyak dicuri atau dipakai semula di tempat-tempat lain. Sebuah candi hanya akan dibaik pulih oleh Kerajaan Indonesia jika sekurang-kurangnya 75% batu asli masih ada. Oleh sebab itu, banyak candi kecil tidak dibaik pulih dan hanya struktur asasnya dapat dilihat.
Candi Rara Jonggrang sekarang merupakan sebuah tapak yang dilindungi oleh UNESCO, mulai tahun 1991. Antara lain, ini bermakna bahawa candi ini kini terlindung dan memiliki status istimewa seperti dalam keadaan perang.
Candi Rara Jonggrang adalah candi Hindu yang terbesar di Asia Tenggara. Bangunan utama 47 meter tingginya. Kompleks candi ini terdiri daripada lapan buah candi utama dan melebihi 250 buah candi kecil yang ukurannya berbeza-beza dan disebut perwara. Tiga buah candinya yang utama dipanggil Trisakti dan didedikasikan kepada Trimurti, tiga kekuatan Brahman:
Candi Siva di tengah-tengah mengandungi empat ruangan, dengan satu ruangan di setiap arah mata angin. Yang pertama mengandungi sebuah arca Dewa Siva setinggi tiga meter, dengan tiga yang lain mengandungi arca-arca yang lebih kecil ukurannya, iaitu arca Durga, sakti atau isteri Dewa Siva, Agastya, gurunya, dan Ganesa, puteranya.
Arca Durga juga disebut sebagai Rara atau Lara/Loro Jongrang (dara langsing) oleh penduduk setempat. (Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila lihat rencana Loro Jonggrang.) Dua buah candi yang lain yang didedikasikan kepada Dewa Vishnu dan Dewa Brahma masing-masing menghadap ke arah utara dan ke arah selatan. Selain itu, adanya beberapa candi kecil yang lain yang didedikasikan kepada sang lembu Nandini, wahana Dewa Siva, sang Angsa, wahana Dewa Brahma, dan sang Garuda, wahana Dewa Vishnu.
Ukir timbul di dua puluh sisi candi ini menggambarkan roman kesateriaan Ramayana. Bagaimanapun, versinya berbeza dengan Kakawin Ramayana Jawa Kuno, tetapi mirip dengan cerita Ramayana yang diturunkan melalui tradisi lisan.
[sunting] Gempa bumi 2006
Pada 27 Mei 2006, gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter (sementara Survei Geologi Amerika Syarikat melaporkan kekuatan gempa bumi sebanyak 6.2 pada skala Richter) melanda daerah Bantul dan sekitarnya. Gempa bumi ini mengakibatkan banyak kematian penduduk serta kerosakan yang teruk pada banyak bangunan di sini, termasuk kompleks Candi Prambanan, khususnya Candi Brahma.[sunting] Rujukan
- ↑ Mengenali Candi Siwa dan Parambanan Dari Dekat, Penerbit Kanisius
Tidak ada komentar:
Posting Komentar